Jumaat, 16 Mac 2012

PENDIDIKAN INKLUSIF

PENDAHULUAN

1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS


Mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Negara, menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan siri dalam masyarakat.

1.2 VISI
Menyediakan Perkhidmatan Yang Berkualiti Kepada Murid-Murid Dengan Keperluan Khas Ke Arah Kecemerlangan Hidup Sejajar Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Negara

1.3. MISI
Menyediakan Pendidikan Yang Berkualiti Kepada Murid-Murid Dengan Keperluan Khas Untuk Menjadikan Mereka Insan Yang Dapat Berdikari, Berjaya Dalam Hidup Dan Memberikan Sumbangan Bakti Kepada Masyarakat Dan Negara.

2. DIFINASI PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN.
2.1 Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran
Kementerian Pendidikan. Mendifinasikan Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut.
    1. Kebolehan kognitif
    2. Tingkahlaku sosial / Perkembangan Sosial
    3. Penguasaan bahasa lisan dan pertuturan
    4. Penguasaan membaca
    5. Kemahiran perkembangan (Developmental skills)
    6. Kemahiran Matematik
    7. Daya penglihatan
    8. Darjah kebolehan pendengaran
SEJARAH PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH SERI KOTA.
Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran yang pertama di Melaka peringkat menengah telah dibuka pada 3hb. Januari 1997 di Sek. Men. Seri Kota. Seramai 11 orang murid mendaftar dengan bilangan seorang guru berijazah (Mohd Mokhtar B. Hj. Tahar) dalam bidang pendidikan khas KKBP. Sebuah bilik darjah telah diperuntukkan untuk dijadikan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran. Pengambilan peringkat pertama ini terdiri daripada murid Program Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran Sek. Keb. Ujung Pasir (6 orang) dan Sek. Keb. Kubu (5 Orang) yang berumur 15 tahun ke atas pada 2Hb. Januari 1997.

Program ini terlaksana kerana keperihatinan pengetua (EN Chong) yang bersetuju menyediakan sebuah kelas untuk Program Pendidikan Khas. Program ini mendapat perhatian dari Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (Ketua Unit pada masa itu En Baharudin B. Dato Borhan) dan persetujuan dari Jabatan Pendidikan Melaka. Pada mulanya hanya seorang sahaja guru yang terlibat dalam pengendalian program ini iaitu Encik Mohd Mokhtar B. Hj. Tahar, dan pada bulan Febuari seorang lagi guru telah dihantar oelh Jabatan Pendidikan Negeri iaitu Pn. Chin Sit Fun bekalkan pada masa itu murid telah mencapai kepada 16 orang.

Pada tahun 1998 pertambahan pelajar telah mencapai kepada 36 orang dan guru yang mengajar untuk Program ini adalah 5 orang. Pada Ogos 1998, pihak JPM telah memberi bantuan sebanyak RM 40,000 untuk mengubahsuai bilik darjah.

  1. PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN.
Perlaksanaan program ini dijalankan dengan cara:
  1. Program Percantuman.
Dimana pelajar pendidikan khas akan belajar didalam persekitaran kanak-kanak normal. Tetapi pelajar hanya belajar dalam kelas khas sahaja. Mereka borkongsi mengunakan segala kemuadahan sekolah.
4.2 Program Inklusif Sepenuhnya
Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996)
Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996)
Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman’ atau ‘Integrated’ telah digunakan. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Norani, 1980)

Matlamat utama pendidikan inklusif ialah untuk mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza. Deno (1970), telah menghasilkan sebuah model tahap perkhidmatan pendidikan khas yang berupaya menampung tujuh pilihan yang berupa satu "Cascade" untuk menempatkan pelajar-pelajar seperti yang dicadangkan.

4.2.1 Latar Belakang Pendidikan Inlusif
  1. Arahan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

    • Merujuk kepada surat KP(BS-PK)8501/PPP-KBP/Jld. JLD.IV/(4) bertarikh 3 Disember 1991 kepada semua PengarahPendidikan Negeri, Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran yang sudah berumur14 tahun dan tamat di Sekolah Rendah Program Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran boleh meneruskan pelajaran ke peringkat sekolah menengah dan mata pelajaran pra vokasional hendaklah dititikberatkan semasa kanak-kanak berada di peringkat sekolah menengah rendah.

    • Untuk itu, kelas program Pendidikan Inklusif perlu diwujudkan di kawasan di mana terdapat permintaan pelajar-pelajar Kelas Bermasalah Pembelajaran (KKBP)
4.2.1.2 Pelajar-pelajar yang telah tamat dari program kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di sekolah rendah akan dimasukkan ke dalam kelas khas di sekolah menengah.
  • Mereka akan belajar bersama-sama pelajar-pelajar lain yang normal dan mengikuti kurikulum yang bersesuaian dengan kemampuan individu.
4.2.1.3 Di Melaka Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah akan dibuka pada 3hb. Januari 1997 di Sek. Men. Seri Kota. Seramai 11 orang murid akan mendaftar dengan bilangan seorang guru berijazah (Mohd Mokhtar B. Hj. Tahar) dalam bidang pendidikan khas KKBP. Sebuah bilik darjah telah diperuntukkan untuk dijadikan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran. Pengambilan peringkat pertama ini terdiri daripada murid Program Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran Sek. Keb. Ujung Pasir (6 orang) dan Sek. Keb. Kubu (5 Orang) yang berumur 15 tahun ke atas pada 2Hb. Januari 1997.

  1. Program Pendidikan Separa Inklusif (Intergrasi)
Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata pelajaran tertentu yang sama dengan kanak-kanak normal, dilaksanakan kepada pelajar yang berkeupayaan di Sekolah Menengah Seri Kota adalah berbentuk.
    1. Integrasi Sosial
    2. Integrasi Akedemik (Kepada yang mempunyai kemajuan)
    3. Intergrasi Kemudahan Fizikal Sekolah
4.3.1. Rasional Pendidikan Spara Inklusif (INTERGRASI)
Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Mereka hanya sekadar kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu, satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini dengan mengambilkira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat. Dengan ini diharapkan pendidikan inklusifkan akan dapat:
    • Pengongsian kemudahan serta alat-alat dengan sepenuhnya.
    • Peluang berinteraksi yang lebih positif antara pelajar-pelajar berkepeluan khas dengan pelajar-pelajar normal.
    • Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil
    • Pengagihan sumber yang lebih meluas.
    • Pengurangan masalah tempat bagi pelajar-pelajar yang berkepeluan khas.
    • Pemberian peluang untuk pelajar-pelajar berkepeluan khas menyesuaikan diri di dalam masyarakat
    • Pengalak kewujudan masyarakat penyayang yang dihasratkan di dalam wawasan.
4.3.1.2 Matlamat Pendidikan Spara Inklusif (Integrasi)
    • Pendidikan spara inklusif menumpukan perhatian ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Dengan ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal.

    • Akan dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya, mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.

    • Kurikulum Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang Bermasalah Pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.
5. Objektif Penubuhan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran.
  • Membolehkan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran mendapat tempat yang sama dalam pendidikan.
  • Menempatkan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran ini dalam persekitaran yang seakan-akan normal mengikut kesesuaian pendidikan untuknya.
  • Mengurangkan kecenderungan melabel dan menyalah label ke atas pelajar-pelajar berkeperluan khas.
  • Membolehkan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran menyesuaikan diri dalam semua aspek dari awal seperti kemahiran berkomunikasi, bergaul, memperkembangkan perasaan, ingin tahu mengenai diri dan alam sekeliling, kesihatan dan keselamatan diri, kehidupan seharian, konsep kendiri, kegiatan rekreasi, perkembangan jasmani, mengamalkan nilai-nilai murni serta mengenbangkan potensi, bakat dan daya kreatif dan intelek.
  • Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang setanding dengan rakan-rakan yang normal.
  • Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.
  • Memberikan kemahiran pravokasional, supaya mendapat kemahiran asas dalam dunia pekerjaan.
6. STRATEGI PERLAKSANAAN
Program inklusif yang dijalankan bukanlah inklusif sepenuhnya tetapi lebih kepada bentuk integrasi. Kerana kebanyakkan KKBP yang memasuki program ini belum menguasai 3M sepenuhnya. Oleh itu amat sukar KKBP untuk diinlusifkan dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik. Di antara matapelajaran yang dirasakan boleh diinklusifkan atau diintegrasikan adalah pendidikan seni, pendidikan jasmani dan pra vokasional.

Rajah 6 : Strategi Pelaksanaan

Guru resos beroperasi sepenuh masa.
Memberi bimbingan untuk Matemati, Bahasa Malaysia secara Individu dan mengurukan integrasi dalam pendidikan Seni, Pravokasional, P.J, MT, BM.
Membantu guru kelas KKBP dan guru kelas biasa.
Mengendalikan pengajaran di Kelas KKBP.
Bekerjasama dengan guru resos dalam mengintegrasikan murid dalam kelas biasa dan salaing bantu membantu dalam penyediaan RPI.

Pelajar KKBP mengikut jadual kelas biasa dan akan pulang ke Kelas KKBP apabila pelajaran diikuti tamat. Matapelajaran yang dijangkakan boleh di Integrasikan adalah Pravolasional, PJ, Seni. BM dan Matematik kepada pelajar yang boleh sahaja.

  1. Pelajar-pelajar KKBP mempunyai base sendiri iaitu bilik darjah khas.
  2. Guru resos membawa pelajar-pelajar yang boleh telah bersedia untuk diintegrasikan ke kelas biasa untuk pengajaran dan pembelajran dalam kelas biasa. Seperti matapelajaran PJ, Seni, Pravokasional, Bahasa Melaysia dan Matematik.
  3. Kemudian mereka dibawa ke bilik resos untuk diberi bimbingan dan pengukuhan.
  4. Semasa guru kelas biasa mengajar guru resos akan berada bersama-sama pelajar KKBP ditempatkan.
  5. Semua pelajar KKBP terlibat akan mengkuti kurikulum sekolah menengah biasa dengan sedikit pengubahsuaian dari segi isi.

  • 6.6 Kelas yang dilakukan integrasi adalah kelas yang kecil bilangan saiznya.


    7. MATAPELAJARAN
      • Setiap matapelajaran yang diajar adalah 40 minit mengikut jadual waktu biasa.
      • Diantara matapelajaran yang akan diajar adalah seperti:
    Mata Pelajaran Jumlah Waktu Jumlah Minit
    Perhimpunan 1 40
    Bahasa Melayu 5 280
    Matematik 5 200
    Pravokasional (Integrasi sepenuhnya) 10 400
    Agama dan Moral 3 120
    Pendidikan Seni (Integrasi sepenuhnya) 2 80
    Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (Int penuhnya) 2 80
    Muzik 1 40
    Sosial dan Alam Sekeliling 1 40
    Jumlah 30 1200
      • Penyediaan pengajaran secara individu perlu disediakan oleh guru resos dan guru kelas.
    7.1 Waktu Persekolahan
      1. Program Itergrasi ini akan dijalankan 5 hari dalam seminggu pada hari Isnin-Jumaat dari jam 8.00 Pagi - 12.00 Tengahari.
      2. Kanak-Kanak akan digalakkan mengikuti aktiviti kokurikulum seperti Pasukkan beruniform ini adalah program intergrasi dengan kanak-kanak normal.
    7.2 Ratio /Nisbah Guru dan Murid.
      1. Hitung panjang seorang tenaga pengajar akan dikehendaki mengajar seramai lima hingga tujuh (5-8) murid. Itupun bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh murid.
      2. Ratio guru adalah 1.5 setiap kelas.
    7.3 Peruntukkan Jawatan Guru Resos.
      1. Seorang guru resos dikenalpasti dan ditugaskan untuk tujuan program Pendidikan Inklusif di Sekolah Menengah.
      2. Jawatan guru tambahan diberi untuk mengganti guru resos dalam kelas biasa.
    7.4 Jenis-Jenis Masalah Pembelajaran.
        Pelajar yang terdapat di program ini adalah terdiri daripada golongan.
      1. Lemah dalam pelajaran - "Slow Learner"
      2. Autistik
      3. Down, s Syndrome
      4. Terencat akal ringan.
      5. Hyperaktif
      6. Cerebral Palsy
        * Pelajar ini mestilah boleh menguruskan diri seperti makan, berpakaian dan ke tandas sendiri.
    7.5 Aktiviti yang akan dijalankan.
        Selain daripada pembelajaran dibilik darjah program ini akan juga menyedikan aktiviti untuk kanak-kanak seperti berikut:
      1. Jurupulih anggota.
      2. Jurupulih cara kerja.
      3. Jurupulih pertuturan.
      4. Latihan renang.
      5. Kaunseling ibubapa/murid.
      *semua aktiviti diatas memerlukan pakar dalam bidang masing-masing.
      *Mendapatkan kerjasama dari pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
    7.6 Kemudahan Asas Untuk Pelajar Khas
      • Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal.
      • Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada disekolah menengah.
      • Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan Jawatankuasa akademik.
      • Bahan rujukan/peralatan tambahan - atas kebijaksanaan/ inisiatif pihak sekolah.
      • Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan kaunseling.

    7.7 Peruntukkan Kewangan
      • Peruntukkan kewangan sebanyak RM 40, 000 untuk membina bangunan atau pengubahsuaian bangunan. Dan peruntukkan peralatan RM 10, 000.
      • Jabatan tidak akan memberi peruntukan tambahan kerana program ini adalah sebahagian daripada sekolah biasa.
      • Peruntukkan perkapita pelajar-pelajar khas perlu dipohon seperti juga pelajar biasa dalam penyediaan ABM.
      • Pengetua sekolah terlibat digalak memohon peruntukan lebih untuk tujuan membeli stationery dan bahan cetak untuk menyediakan alat bantu mengajar khas untuk pelajar-pelajar khas.

    7.8 Aktiviti Luar.
    Program ini juga akan membuat program lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang difikirkan sesuai untuk memberi pendedahan kepada pelajar. Untuk melaksanakannya, program ini akan menubuhkan Badan Kebajikan Kelas Khas di mana ianya berfungsi di bawah naungan Badan Induk PIBG sekolah dan Guru Besar sebagai penasihat dan Ahli Jawatan Kuasanya terdiri daripada golongan ibubapa dan guru-guru Kelas Khas.
      1. Aktiviti Badan Kebajikan Kelas Khas.
        Di antara tanggungjawab Badan Kebajikan Kelas Khas ini adalah:
    • Menentukan kewangan mencukupi.
    • Mengadakan perjumpaan sekurang-kurangnya 2 bulan sekali dan juga pada Hari-hari Perayaan.
    • Membiayai sumbangan ikhlas untuk membantu menyediakan keperluan-keperluan penting seperti alat bantuan mengajar dan keperluan murid.
    • Mendapatkan sumbangan.

Khamis, 15 Mac 2012

PERKEMBANGAN ANAK

Perkembangan anak penting dijadikan perhatian khusus bagi orangtua. Sebab, proses tumbuh kembang anak akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa mendatang.

Jika perkembangan anak luput dari perhatian orangtua (tanpa arahan dan pendampingan orangtua), maka anak akan tumbuh seadanya sesuai dengan yang hadir dan menghampiri mereka.

Kelak, orangtua akan mengalami penyesalan yang mendalam.

Apa saja tahapan perkembangan anak?

Perkembangan anak merupakan segala perubahan yang terjadi pada usia anak, yaitu pada masa:
Infancy toddlerhood (usia 0-3 tahun)
  • Early childhood (usia 3-6 tahun)
  • Middle childhood (usia 6-11 tahun)
Perubahan yang terjadi pada diri anak tersebut meliputi perubahan pada aspek berikut:
  • fisik (motorik)
  • emosi
  • kognitif
  • psikososial
Aspek-aspek perkembangan anak
Perkembangan Fisik (Motorik)
Perkembangan fisik (motorik) merupakan proses tumbuh kembang kemampuan gerak seorang anak. Setiap gerakan yang dilakukan anak merupakan hasil pola interaksi yang kompleks dari berbagai bagian dan sistem dalam tubuh yang dikontrol oleh otak.


Perkembangan fisik (motorik) meliputi perkembangan motorik kasar dan motorik halus.

    • Perkembangan motorik kasar
      Kemampuan anak untuk duduk, berlari, dan melompat termasuk contoh perkembangan motorik kasar. Otot-otot besar dan sebagian atau seluruh anggota tubuh digunakan oleh anak untuk melakukan gerakan tubuh.

Perkembangan motorik kasar dipengaruhi oleh proses kematangan anak. Karena proses kematangan setiap anak berbeda, maka laju perkembangan seorang anak bisa saja berbeda dengan anak lainnya.

    • Perkembangan motorik halus
      Adapun perkembangan motorik halus merupakan perkembangan gerakan anak yang menggunakan otot-otot kecil atau sebagian anggota tubuh tertentu.

Perkembangan pada aspek ini dipengaruhi oleh kesempatan anak untuk belajar dan berlatih. Kemampuan menulis, menggunting, dan menyusun balok termasuk contoh gerakan motorik halus.

  1. Perkembangan Emosi
    Perkembangan pada aspek ini meliputi kemampuan anak untuk mencintai; merasa nyaman, berani, gembira, takut, dan marah; serta bentuk-bentuk emosi lainnya. Pada aspek ini, anak sangat dipengaruhi oleh interaksi dengan orangtua dan orang-orang di sekitarnya.

Emosi yang berkembang akan sesuai dengan impuls emosi yang diterimanya. Misalnya, jika anak mendapatkan curahan kasih sayang, mereka akan belajar untuk menyayangi.

  1. Perkembangan Kognitif
    Pada aspek koginitif, perkembangan anak nampak pada kemampuannya dalam menerima, mengolah, dan memahami informasi-informasi yang sampai kepadanya. Kemampuan kognitif berkaitan dengan perkembangan berbahasa (bahasa lisan maupun isyarat), memahami kata, dan berbicara.
  2. Perkembangan Psikososial
    Aspek psikososial berkaitan dengan kemampuan anak untuk berinteraksi dengan lingkungannya. Misalnya, kemampuan anak untuk menyapa dan bermain bersama teman-teman sebayanya.

Dengan mengetahui aspek-aspek perkembangan anak, orangtua dan pendidik bisa merancang dan memberikan rangsangan serta latihan agar keempat aspek tersebut berkembang secara seimbang.

Rangsangan atau latihan tidak bisa terfokus hanya pada satu atau sebagian aspek. Tentunya, rangsangan dan latihan tersebut diberikan dengan tetap memerhatikan kesiapan anak, bukan dengan paksaan.

Sumber: Bahan ini diambil dari laman negara jiran.